Permulaannya...
Assalamualaikum...
Kepada semua bekas² pelajar Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam, terima kasih kerana sudi meluangkan masa bersama.
Setelah sekian lamanya kita semua berpisah dengan membawa hala tuju kehidupan masing², tetapi hari ini kita semua telah dipertemukan semula.
Blog ini akan sentiasa dipantau dan di-update dari semasa ke semasa jika anda semua terus memberikan sokongan dan galakan serta memberi kerjasama dari setiap sudut.
Dengan ini saya selaku Admin Blogger ini mengucapkan "Selamat Datang ke Alumni 16" kepada semua rakan taulan, marilah kita bersama² merapatkan tali Silaturrahim antara satu sama lain.
Jika anda ingin menjadi salah seorang dari penulis Alumni SMK16, anda mesti mempunyai akaun gmail (www.gmail.com).
Sebarang pertanyaan, ingin berkongsi idea, cerita untuk dimuatkan didalam blog ini, sila email kepada : alumnismk16@gmail.com
Wassalam..
16 comments:
aku suka blog ni hehehe
is gayung says
xde pn nama2bekas student...
Admin says
utk nama² bekas pelajar masih dicari². harap semua bekas pelajar bagi kerjasama utk majukan lagi blog ni
Anonymous says
mcm mana lagu skolah ah? lupa dah.
Qarish Anarki says
aku cuma ingat sket jek! huhuhu!! sapa ingat lagi tolong sambung..
Bersama kita berpadu tenaga
Menegak cita²
Ilmu panduan hidup cogan kita
Wawasan untuk berjaya...
tu jek pun yg aku ingat! sambung weih.. dah complete nanti bleh buat topik lagu skolah
Qarish Anarki says
Bersama kita berpadu tenaga
Menegak cita²
Ilmu panduan hidup cogan kita
Wawasan untuk berjaya...
Keharmonian itu milik kita
Menjadi benteng utama
Demi Agama, Bangsa dan Negara
Maruah kita jaga
Sekolah Menengah Seksyen 16
Kebanggaan kita semua
Selalu bersih, indah dan ceria
Kita pelihara bersama
Berbaktilah kita setia
Tinggikan imej kita
Hormatilah guru yang berjasa
Kitakan maju bersama
Huhuhuhuhuhuh!!! ingat²!! walaupun dah 13thn tinggalkan alam skolah!!
zulkhafiz says
caya la bro..hapal tuh..hahaha..aku sendri pun dah tak hingat..mcm mn la nnt erk..mesti lawak kalau kena nyanyi..hahaha
Along Fina says
hahaha... aku pon igat...
walaupun dah 3 tahun meninggal...
eh??
meninggalakan sekolah...
huhuhuhhu....
Anonymous says
sapa ingat cikgu hashim?
Anonymous says
aku,aku
agak2 dia dah pegi yun nam hair care x?
Anonymous says
dia mmg hebat bagi aku..mcm idola lah. giler brani siot...boleh gi masuk tgh2 budak begaduh sorang2 bawak rotan..and semua lari lak tu...mmg tak ada dah spesis cikgu disiplin mcm tu skang nie..kena blasah ramai2 ada kut..agagagagag
Unknown says
suh zul pg cari cikgu hashim tuh..dia kenal suku sakat cikgu tuh yg selalu kena rotan walau tak buat apa2 kesalahan..poyo ahh cikgu hashim..triple S pun aku tak nak jumpa...muehehehe
Unknown says
sape kat sini ada budak thn 2002 form 3?
Unknown says
sape kat sini ada budak thn 2002 form 3?
elan5rrd says
Sesiapa yg mempunyai saudara, abang, adik, kakak yg belajar sekitar tahun 1995-1998 pls email me tq..
elan5rrd says
Sesiapa yg mempunyai saudara, abang, adik, kakak yg belajar sekitar tahun 1995-1998 pls email me tq..