Panas!! Isu Reunion!!

Setelah selesai mengadakan perbincangan, ramai yang menyuarakan tidak berpuas hati dengan harga yang ditetapkan oleh pihak sekolah dan tempat. Sila beri butiran yang lengkap mengenai majlis tersebut. Ini bertujuan untuk memudahkan pihak kami untuk membuat keputusan. Wakil spm batch 1996 berkata, sekiranya masih tiada sebarang perkembangan dari pihak penganjur, kami akan membuat Reunion sendiri sepertimana yang kami lakukan sebelum2 ini. Sila beri komen anda mengenai isu ini. Sekian terima kasih.

19 comments:

  1. Anonymous says

    aku setuju dgn ex-student. tak mampu ler kalau mahal camtu, anak aku ada 2org.. sah kena rm240...


    Anonymous says

    betul tuuu,terlalu mahal,dah tentu diantara kita yg sudah berkeluarga,tu yg belum lg yg berbini 2,berape byk anak,kau kali lah sendiri.......


    zulkhafiz says

    actually aku ada pendapat yg berbeza la dari segi cara reunion ni dilaksanakan.

    positive comment:
    1) reunion nih pada aku baik utk kita gathering among us n get along with all the seniors n juniors..
    2) bayaran tu pada aku mmg aku rasa agak mahal..tp aku pernah incharge utk reunion n modal terselindung utk organise bukanlah sesuatu yg murah..(x caya tanya la Hafizullah & Kemal)..
    i) duit telefon + sms
    ii) arrangement for venue.
    iii) makan + minum (F&B)
    iv) activities
    v) etc...
    so, aku paham kenapa sekolah kenakan charge mcm tu utk cover benda2 yg aku sebutkan di atas...n nak tubuhkan kelab or organisation need some money for them to generate more activities in future such as:
    - magazine
    - buletin
    - souvenirs
    - invitation cards
    - etc...

    cadangan:
    1) buat style pakej eg. family package
    i) husband & wife + 2org anak = rm 150
    ii) husband & wife(S) + 4org anak = rm XXX
    iii) single = rm 60
    iv) single with partner = rm 90

    ini adalah contoh...Mc'D pun ada value meal, KFC pun ada meal set..so depends..utk keluarga yg agak ramai maybe ada diskaun or something that organiser should think..macam aku xde masalah sgt sbb bini aku pun ex-student SMK16...so atleast aku xla terasa sgt...

    so ni ada pendapat aku...aku x menolak bulat2 cadangan reunion nih cuma pada aku need some adjustment n tuning from organiser of the program..sebenarnya inisiatif mcm ni susah nak puaskan hati semua org...lg2 involve duit...kompom susah...buat free pun kdg2 xdpt good feedback...macam yg aku organise utk 5 Amal tu...x semua dtg...tu pun ada gak yg komen mcm2...tu FREE tu...heheheheh...so, i hope we 2gether support this kind of prog. n please voice out all ur opinion n proposal...

    blaming each other is not the total solution...need some new idea to make it better..peace


    Anonymous says

    salam,
    berkenaaan dengan bayaran tu kita orang takda hal punya, tak pernah pulak anak kami tak makan , krn ikut program gather ni..kalau tak cayer tanya acul...
    Saper tak kenal habib, khider, hafizullah,kemal,melati, iskandar, fogi,wan kafli,wan shah, kamal bulat, dendera,Hairul nizam dan juga ayer,,
    Bermula dr langkawi (2001), PANGKOR(2003), PD ( EVERY YEAR), Laketown bukit merah ( 2005),Pulau sibu( 2006), Cameron( 2007),tak lupa program hari raya ( venue rumah kemal) program yg kami buat ni memg menarik kerana diisi dengan kepakaran masing2 , khider dan juga kamal roy ( ex tukang masak) dendera dan hafiz( air soya , kemal ( ayamla) , yang takder nama tukang bagi duit dan juga tukang buang kulit bawang,, kalau tak cayer tanya zul hafiz , dia datang makan jer ...haaaaaa es pun sama , tukang beri komen,,,hwa,hwa,ha..
    Buat program main badminton mgguan , mula 2 ramai, lepas tu hampehhhh, tak cayer tanya abg acul, dia biasa join main badminton dengan kami, cos byran rm 5 jer ,,kahhhh
    Main bola , mula 2 ok , lepas tu tgal khider dengan wan , main berdua jer,, dah tak tahan , kami main bola dengan budak kecik belakang dataran di seksyen 11,Tapi tak mengapa itu adalah perkara biasa buat kami,,

    so benda2 macam ni kena ada kertas kerja...
    kami akan memberi kerjasama sekiranya pihak organiser memberikan maklumat yang tepat berkenaaan majlis tersebut.
    nak beli rumah pun mesti ada rumah contoh,brocure dan tukang jual.
    Jalan penyelesaian terbaik adalah dgn mengadakan perbincangan supaya dapat memuaskan hati semua pihak...
    exco k'jaan pun ade meeting...
    kami akan menyokong perkara2 kearah kebaikan sekiranya dilakukan dengan telus dan ikhlas...

    ILALLIKAK MAASALAM...

    Salam ukhuwah,
    Hj Khider Abd rahim


    Anonymous says

    cikgu Hamidon join kah?


    zulkhafiz says

    quote:
    "kalau tak cayer tanya zul hafiz , dia datang makan jer ...haaaaaa es pun sama , tukang beri komen,,,hwa,hwa,ha.."

    hahahahaha...dah aku dijemput makan jek...aku dtg makan je la...hahahaha...buruk perangai la aku nih erk..kalau aku x mkn nnt, mknn membazir..hahaha

    aku setuju dengan cdgn Hj Khider kita..semua benda kena ada perancangan..perancangan tu x semestinya kertas kerja..tp apa yg aku dpt feedback dr organiser..diorg sekarang nih mcm proses mencari pelajar2 dulu..sbb nak dptkan wakil utk every batch tu susah dan agak mustahil utk dpt..so tht y sekolah hanya buat perbincangan internally..x involvedkn kita2 nih..tp kalau betul2 kita nak get involve, aku boleh canangkan kat si Alinda tu berkaitan dgn kita punya group..dan aku rasa batch SPM 96 ni je yg active kot...batch lain maybe ada maybe x active mcm kita..

    berkaitan dgn bayaran..aku masih berpendapat bahawa bayaran yg dikenakan tu masih mahal..pada org yg ada kemampuan insyaAllah mereka xde masalah, tp kena ingat juga pada org yg x berapa senang..rm60/head pada aku utk 1 family yg ada 2 anak pun dah sakit dah..rm60 x 4 org = rm240 which is harga yang boleh buat 1 kenduri doa selamat utk 60-80 org kat masjid..mungkin organiser kena ubah strategi, contoh macam cari sponsors, cari bekas2 student yg dah established dengan bisnes, mintak dia sponsor...aku dengar2 kemal ayam dah pakai Merc Benz S320 skang...so, mintak la skit kemal sponsor...hahaha..so maybe dgn cara ni, beban tu tak la tertanggung pada individu..maybe dpt la membantu kurangkan beban or bayaran..just suggestion..

    sebagai contoh, aku sebagai alumni UTM, organiser create something mcm jualan baju la, kain la, utk dptkan budget utk event2..n then every 6 mth aku akan dpt info mcm buletin/mazagine dihantar ke rumah..tu semua pakai duit..konsistensi diperlukan acara n cara utk dptkan duit tu yg organiser should think...just oppinion & based on experience..tq


    Anonymous says

    to organizer:

    http://puddingdelight.wordpress.com/

    nie website ex 16 yg buat bizz pudding. sila call sbb dia berminat jadi sponsor pudding untuk reunion. tq


    mel says

    aku setuju pasal reunion tapi bak kata hj. khider, mesti gak nak itam putih nye. bukan lah berkira, tp dengan keadaan ekonomi sekarang ni, rm 60 tu besau nilainya. tapi kalau diwar-war ke mana perginya sumbangan tu, aku takde hal nya. macam gak buat charity dlm tv, mesti dinyatakan kepada arah tujunya duit yg disumbangkan.


    kemaltokey...... says

    bila masa pulak aku pkai mercedes nii......nak kena zul niii...kang tarik balik keistimewaan harga ayam baru tau.....nanti beli tak dpt dah harga spesel nii.....tarikh makin lama makin dkt tapi takde tindak balas dari pihak sekolah punnn....aku ade jumpa puan sabariah the legend,sia ckp nanti bg kad jemputan kad aku,dah dapt nanti aku bgtau korang...


    mel says

    aku dah baca sebab apa rm 60 diminta sebagai bayaran. bagi aku ianya reasonable, sbb perancangan untuk kegunaan wang sumbangan tu memang memerlukan modal yang tinggi.
    kemal! ko nak pergi tak? aku nak bagi nama ni.


    kemaltokey says

    melati yee.....kalau mcmtu kena gi bujang laaa....sorang jeee....kau gi aku followwww......lainlah zulhafiz...laki bini kena gi....tu laaa...lainkali jgn cari couple satu sekolah.....kan susahhh.....betul tak melati....


    alumnismks16 says

    assalamualaikum
    untuk maklumat lanjut berkenaan 'Malam Nostalgia 16' sila layari www.alumnismks16.blogspot.com


    mel says

    alah, aku malas bawak couple aku. nanti terabai plak. aku sibuk borak ngan kawan2, dia sorang sorang. kesian pulak. tapi bila lagi aku nak bujang, inilah masanya.tapi aku harap xde masalah nak parking kereta. iye lah sekolah 16 tu bukan besar sangat dataran kejat nya.


    Anonymous says

    aku rasa elok gi bujang jer.. sbb partner sure nganga nanti. kalau boleh datang dgn memakai baju skolah anda.. baru nostalgia...hauhauhau..


    Anonymous says

    Betul juga,pergi bujang je.Duit pun jimat.bebas nak menyembang.Baju sekolah dah tak muat le...

    Dah nak dekat date tu...bagi kemal tokey arrange je senang...diakan duit banyak...kereta pun baru tukar...hahaha.....


    alumnismks16 says

    Jemputan ke 'Malam Nostalgia 16'

    Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi
    (a) Pn. Kamariah Md Zin (012-603 7683)
    (b) Pn. Zaiton Ghani (019-339 4766)
    (b) Pn. Meriam Osman (019-650 0778)
    (c) 03-5510 9168 (Pejabat) atau
    e-melkan kepada alumnismks16@gmail.com.


    Anonymous says

    Salam.. hj khider kembali..
    saya cadangkan elokler kiter pegi jer gather( majlis makan malam sambil beramal) anjuran sek men sek 16 s.alam
    Takyah ler kiter berkira sangat ttg bayaran dan pengisian program tu..saya rasa sesuailer..baik sangat kalau kiter beramal dalam bulan rejab ni .. tak terhitung ganjaran pahala tu..
    Rasa tak berkira boleh bayar ... tiket boleh bagi sahabat2 yg tak mampu nak pegi..jariah tu..kiter kener ingat ni bukan program makan malam d sheraton @ shangrila hotelker..saya rasa lagi ramai yg tak mampu .
    Yg dah bekeluarga tu pegi berdua jer ler.. baru macm candle light dinner bro..tempah 10 pax .. tapi makan berdua jer.. power tu..
    Ingat ! Amal jariah anda, manusia tidak boleh menilaikannya,, cuba bayangkan amal jariah anda berterusan yg digunakan oleh pelajar2 kita .. sampai bila2 bro... lu mati pun, amal lu berjalan gak..
    Satu lagi hikmahnya , ini peluang kiter utk mngeratkan lagi silaturrahim ,, ini mgkin sbg permulaanya,,, INSHAALAH HJ KHIDER AND THE GROUP AKAN CUBA ADKAN PROG YG TGGI NILAInya ( SAKINAH) DAN PENUH PENGISIAN ,, bukan setakat berhibur jer,,, usia makin lama makin senja..


    Anonymous says

    aku masuk slumnismks16 tu... nie mcm PIBG nyer majlis jer.. budak 16 jer atau campur mak bapak budak2 skali nie...tlg explain. tq


    Anonymous says

    budak yang sekolah kat smks16 je la...ni majlis amal untuk bagi bantuan kat sekolah daa...bgth kawan2 semua supaya majlis tu nampak meriah ngan duit pun dapat banyak....ingat ni majlis makan malam amal bukan majlis PIBG.Kalau nak pergi majlis PIBG tunggu anak masuk sekolah.hahaha...jangan marah....


Post a Comment